Islamic Widget

Sunday, January 30, 2011

AL-FATIHAH...


~~bersabarlah wahai rakanku...

sesungguhnya ALLAH lebih menyayanginya....~~



ini adalah kisah rakanku yang telah kehilangan abang serta anak2
saudara kesayangannya...
semoga diri mereka dicucuri rahmatNYA sentiasa...
AL-FATIHAH...
SEMOGA NADIA@ADIK AKAN SENTIASA TABAH 
DENGAN UJIANNYA....AMIN...


harian metro..

3 maut nahas 4 kenderaan



KUANTAN: Tiga beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan
di Kilometer 129.2, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Felda Keratong, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Toyota Camry dinaiki tiga beranak berkenaan
dalam perjalanan dari Segamat, Johor menuju ke bandar ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, sebaik tiba
di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum
bertembung sebuah Proton Saga dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

Katanya, pada masa sama, sebuah lori tanpa muatan seberat tiga tan di belakang
Toyota Camry itu gagal mengelak lalu merempuh kenderaan malang itu.

“Pemandu kereta bersama dua anaknya meninggal dunia di tempat kejadian dan
mayat ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat,” katanya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ramlan Mohamad, 42, seorang guru serta dua anaknya,
Mohamad Aniq Mauqri, 5, dan adiknya, Maria Aqilah, 2.



No comments:

Post a Comment